Alhamdulillah.....
Sronok rasenye bila tgk surau2 kat mall sesak ngan org rmai yg nk tunaikan solat...
wlau trpaksa menunggu giliran sbb surau yg dsediakan kecik tp aku pcy jiwa2 mereka yg pergi ke situ sumer besar2 blaka.
Harap generasi2 sebegini xkan pupus dr muka bumi Allah nie. Amin....

Allah s.w.t telah berfirman:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
Klau smua muslim xabaikan solat yg mrupakan tiang agama nie, InsyaAllah.. aman la dunia nie. Smoga Allah memberikan hidayah & rahmatNya pada kita smua.. AMIN.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi
p/s: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan......

No comments:
Post a Comment