Saturday, December 17, 2011

SAHABAT SEJATI...

Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang SAUDARA & SAHABAT SEJATI yang sukar dicari ganti..”


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN.

Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.

Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu:

SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu:

“SAHABAT”.

..............................................................................................................................................


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Alhamdulillah.... sahabat sejati aku ada smua ciri spt diats... Syukur pada Mu Ya Allah... kerana hadirkan dia dlm hidupku ini...


P/S: SAYA DAH JUMPA SAHABAT SEJATI SAYA...... ANDA?

RAHMAT UJIAN


Dalam derita ada bahagia..... dalam gembira mungkin terselit duka... tak siapa tahu! tak siapa pinta ujian bertamu....

Bibir mudah mengucap sabar.. tapi hatilah yang remuk menderita... insan memandang, mempunyai berbagai tafsiran.........


ALLAH SWT berfirman dlm surah Al-Baqarah ayat 214 yg bermaksud:

"Adakah Patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian & cubaan) Seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul & orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar & berpegang teguh pada agama ALLAH)".


Rahmat Ujian (MESTICA)



"Allah sangat sayang pada hambaNya"
; )



p/s: redha