Tuesday, October 16, 2012
Ada Betulnya...
SEKALI UNCLE BUAT PUISI DAAA....
Hahahahahahaha.....
Ada sapa-sapa faham tak puisi diatas????? aku pun pelik masa Ajis (officemate) aku tanya siapa yang cipta puisi nie dan rumah siapa yang kene hujan?... siap buat teka-teki pulak tu... lol.. aku pon dengan bersungguh-sungguh carilah kat google sebab nak tau jugak siapa yang buat puisi nie.... kata Ajis, puisi nie memang itu je ayatnya... teruja aku nak tahu.. sekali baca macam pelik je.. dua kali baca macam menarik pulak! Dalam usaha nak memahamkan maksud puisi tu, tiba-tiba ajis bagi jawapan... puisi nie dia dengar dari mulut Uncle John (Bos tempat kerja aku).... apa lagi.... HAHAHAHAHAAHAHA!!!! Ketawa besar aku & beberapa orang rakan. patut la pelik je bunyinya... Cissss!!! penat aku search kat google.
p/s: Utk orang yang x kenal Uncle John mungkin susah nak faham apa yang aku maksudkan... sedikit pengenalan. Beliau adalah seorang lelaki berbangsa cina, umur dalam lingkungan 50-an.. dan apa yang keluar dari mulut beliau biasanya akan buat kita ketawa.. and apa yang penting... beliau seorng Bos yang baik & menghiburkan. Terbaiklah UNCLE!!!
RASUAH DEPAN MATA!!!!
Saturday, January 7, 2012
DEDIKASI BUAT SAHABATKU....
I'll always be beside you,
until the very end,
wiping all your tears away,
being your best friend,
I'll smile when you smile,
and feel all the pain you do,
and if you cry a single tear,
I promise I'll cry too......
Igt..... doaku sentiasa bersamamu... sahabat.
aku sentiasa ada utk mmberi sokongan utkmu...
p/s: Bersabarlah sahabat. Tuhan menduga hambaNya tanda DIA sayangkan kita.
Saturday, December 17, 2011
SAHABAT SEJATI...
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang SAUDARA & SAHABAT SEJATI yang sukar dicari ganti..”
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu:
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu:
“SAHABAT”.
..............................................................................................................................................
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Alhamdulillah.... sahabat sejati aku ada smua ciri spt diats... Syukur pada Mu Ya Allah... kerana hadirkan dia dlm hidupku ini...
RAHMAT UJIAN
Dalam derita ada bahagia..... dalam gembira mungkin terselit duka... tak siapa tahu! tak siapa pinta ujian bertamu....
Bibir mudah mengucap sabar.. tapi hatilah yang remuk menderita... insan memandang, mempunyai berbagai tafsiran.........
ALLAH SWT berfirman dlm surah Al-Baqarah ayat 214 yg bermaksud:
"Adakah Patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian & cubaan) Seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul & orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar & berpegang teguh pada agama ALLAH)".
Rahmat Ujian (MESTICA)
"Allah sangat sayang pada hambaNya"
; )
Friday, November 25, 2011
NAFSU! menunggangi @ ditundangi?
Assalamualaikum....
Kisah dibawah ak ambik dr page laen... sgt mnarik tok dikongsikan... smoga kita dpt sesuatu dr kisah ini... simple tp sgt mnarik & berguna tok kita fahami....
Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya...
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
"Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.
Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.
Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi. Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya."
Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"
Firman Allah: "Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya." (Al-An'am 6:32)



