Berikut adlh beberapa fakta menarik mngenai tubuh manusia. saja je nk kongsikan dgn kwn2 smua... layan je la yek.......
1. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
2. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
3. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
4. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
5. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
6. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
9. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
10. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia
11. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah
12. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.
13. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya
14. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.
15. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.
16. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.
17. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. (perghhhhh!!!!!)
18. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu
p/s: Manusia adalah sebaik2 kejadian... syukur pada Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment