Sunday, January 24, 2010

Solat Istikharah

Assalamualaikum....


Ermmm..... dlm idup nie mmg akn ada dugaan kn? Kdang2 bl ada kekeliruan kt tpaksa mmbuat pilihan dan yg pastinye kita akn mgharapkan pilihan yg kita buat 2 adlah pilihan yg tepat.. btol x? So, as a muslim kita ada kaedah yg boleh dilakukn iaitu x len x bkn dgn memohon petunjuk dr Maha Pencipta ALLAH SWT dgn mlakukan Solat Istikharah. So, tok ari nie ak rs x salah kita bkongsi info mngenai Solat Istikharah nie. tok pngetahuan sumer sumber2 yg ak dpt nie dambil dr buku pnduan n lmn2 web islamik yg ada..
Solat Sunat Istikharah
Solat ini dlakukan utk mndapatkan petunjuk bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yg terbaik antara 2 perkara yg diragukan. Jika timbul keraguan dlm hati utk memilih @ mngambil keputusan dlm sesuatu perkara cthnye "apakah aku harus menolak @ menerima?" keputusan tdk dpt dpastikan setelah menilai kedua2 pilihan mempunyai kabaikan & keburukan masing2.
Sebelum keputusan diambil, kita melakukan solat sunat Istikharah, dgn mengharapkn Allah akn mnunjukkan plihan yg terbaik. Jika keraguan masih lg mmpengaruhi fikiran utk mmbuat plihan, ulangilah solat sunat istikharah & mmbaca doa walaupun pengulangan dbuat smp 7 kali berturut2. kemudian bertawakal kpd Allah & pilihlah salah 1 drpnya, pilihlah yg mn HATI kita cenderung kpdnya setelah berdoa. Jgn lg timbulkn keraguan & yakinlah itu adalah pilihan terbaik dr Yang Maha Kuasa.
Jgn merasa kecewa sekiranya trnyata dlm kputusan yg dpilih mnimbulkn keinginan yg tdk disukai, igtlah bahawa ini adlah yg telah dgariskan azali yg tdk dpt d'elakkn. Besar kmungkinan mngadungi hikmah, mmbawa kbaikan dmasa akn dtg, hendaklah tetap mmpunyai Husnuz-zan kpd Allah.

Tatacara Solat Sunat Istikharah
Tatacara solat sunat istikharah ini lbh kurang sama dgn Solat Subuh. Hanya niat shj yg berlainan iaitu berniat solat sunat istikharah. Dlksanakan sblm tidur @ selepas bgn dr tidur. Sgt baik dlakukan ssudah lwat tgh mlm disaat sunyi supaya hati kita lbh kusyuk dlm mngemukakan permohonan kpd Allah. Solat ini sgt peribadi sifatnya, sbb itu harus dkerjakn sndirian. solat ini tdk mmakai azan @ iqamah.

Lafaz niat


Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala



Rakaat yang pertama:
Baca Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun

Rakaat yang kedua:
Baca Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas

Dan selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam Istikharah
Dalam Doa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah swt misalnya:
"Ya ALLAH, jika hal ini........................( sebutkan namanya )"


Doa Istikharah

Setelah selesai melakukan solat sunat istikharah, berdoalah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw:


Ertinya:

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang terbaik dalam pengetahuanMu. Aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar, Engkau Maha berkuasa dan aku hambaMu yang dhaif, Engkau Maha tahu dan aku hambaMu yang jahil, Engkau Maha mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (...) dalam penngetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berikanlah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (...) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akhibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun masa akan datang. Jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu"


* dharapkan post kali nie kita dpt sdkit sbnyak brkongsi ilmu... klau ada slh n silap jgn segan2 tok tngglkn comment agar kita sama2 dpt perbaiki diri n ksilapan trsbut. Assalamualikum......

1 comment:

  1. Doa tue jgn'la hanya sekadar perhisan shja, sebaliknya di hafalkan dan di amalkan...
    Spt kata2 dr imam al-ghazali:
    "Ilmu Terletak di dada, Bukan di buku"

    ReplyDelete